Setiap kelas
memilih seorang murid yang berhemah tinggi dan pihak sekolah menghadiahi
sehelai baju kemeja sebagai cenderamata.Guru Pendidikan Moral juga akan
mendapat baju kemeja itu .
Pertandingan
buku skrap Pendidikan Moral Peringkat Daerah Segamat.
Menganjurkan ceramah motivasi kepada murid
seperti Kem Motivasi yang dianjurkan setiap tahun. Penceramah atau fasilitator
luar telah dijemput membantu menjayakan kem serta ceramah yang dianjurkan
bersama dengan pihak PIBG dan Jemaah Pengurus Sekolah.Guru-guru juga menyertai
kursus tentang Di Zi Gui.
Pengajaran dan pembelajaran Di Zi Gui
melalui persembahan atau sketsa waktu perhimpunan mingguan sekolah.
Tajuk-tajuk berpandukan buku Di Zi Gui
telah disediakan awal tahun. Setiap kelas mulai Tahun 1 hingga 6 bergilir-gilir
mempersembahkan satu sketsa berdasarkan tajuk yang diberikan. Sketsa ini harus
mempunyai lagu atau syair, grafik atau tanyangan video supaya menarik perhatian
dan ada impak yang berkesan. Inovasi ini telah berjaya dijalankan semasa
perhimpunan mingguan sekolah sepanjang tahun.
Ceramah motivasi khas untuk ibubapa dan penjaga murid
berdasarkan tajuk-tajuk yang berunsurkan Di Zi Gui juga dianjurkan setiap
tahun. Tajuk-tajuk seperti “Perhubungan Ibubapa dan Anak”, “Kesopanan dan
Tatasusila”, dan “Keutuhan Kekeluargaan”
Inovasi ini mendapat respon dan
kerjasama yang baik dari ibubapa dan penjaga. Kehadiran biasanya melebihi apa yang
dijangkakan kerana penceramah-penceramah yang dijemput adalah penceramah profesional
dan terkenal di Malaysia .

Inovasi seterusnya berkaitan Di Zi Gui
ialah majlis istiadat jamu teh.
Berkaitan ini, murid akan diajar cara memberi penghormati yang terpuji melalui minuman. Upacara ini dijalankan
waktu Hari Ibubapa, Hari Guru dan Kem Motivasi. Upacara jamu teh ini akan
diselitkan dalam program-program tersebut untuk menanam sikap hormat yang
terpuji kepada tetamu, pelawat, guru, orang yang lebih tua mahupun ibubapa
murid sendiri. Rujuk gambar.
Wao,banyak aktiviti yang cikgu jalankan di sekolah
BalasPadambagus, teruskan uasaha...
BalasPadamterima kasih
PadamI like your blog~very nice...
BalasPadamterima kasih,saya akan berusaha lagi
Padamsaya suka lagu ini.
BalasPadamhttp://tangeokhwa1963.blogspot.com/
terima kasih
BalasPadam