36 Nilai Moral
Bidang
Berkaitan Dengan Perkembangan Diri
1.Kepercayaan Kepada
Tuhan
Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi
segala suruhaNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara.
2.Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan
orang lain.
3.Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri
dalam kehidupan.
4.Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta
kewajipan dengan sempurna.
5.Hemah Tinggi
Beradap Sopan dan berbudi perkerti mulia dalam pergualan seharian.
6.Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
7.Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang
lain.
8.Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan
,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan budaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
9.Kasih Sayang.
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir
daripada hati yang ikhlas.
10.keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah..
11.Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil
tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
12.Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada
dalam pemikiran,petuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan
orang lain.
Bidang
Berkaitan Dengan Kekeluargaan
13.Kasih Sayang Terhadap Keluarga
Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap
keluarga.
14.Hormat dan Taat kepada anggota
Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi lanyanan
secara sopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
15.Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Menerima,menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan,adat dan kepercayaan
yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.
16.Tanggungjawab terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga
untuk melahirkan keluarga bahagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah
keluarga.
Bidang
Berkaitan Dengan Alam Sekitar
17.Menyayangi dan Menghargai Alam
Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk
mengekalkan keseimbangan ekosistem.
18.Keharmonian antara manusia dan alam
sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dan alam
sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
19.kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan Keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama
kesejahteraan hidup.
20.Peka terhadap isu-isu Alam sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan
berusaha menyelesaikannya,
Bidang
Berkaitan Dengan Patiotisme
21.Cinta Akan Negara
Perasaan yang sayang dan bangga kepada negara serta meletakkab kepentingan
negara melebihi kepentingan diri.
22.Taat Dan Setia Kepada Raja Dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.
23.Sanggup berkorban Untuk Negara
Kerelaan melakukan sesuatu tau menyerahkan sesuatu ternasuk nyawa sebagai
tanda kebaktian untuk Negara.
Bidang
Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia
24.Melindungi Hak Kanak-Kanak
Membela,memberi naugan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin
kehidupan mereka yang sempurna.
25.Menghormati Hak Wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi
sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakatdan negara.
26.Melindungi Hak Pekerja
Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan dan jasa dalam
sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.
27.Menghormati Hak Golongan Kurang
Berupaya
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya
supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka
sebagai insan ciptaan Tuhan.
28.Melindungi Hak Pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang
berilmu,mendapat perkhidmatan serta barangan yang
berkualiti dan tidak mudah diskploitasi.
Bidang
Berkaitan Dengan Demokrasi
29.Mematuhi Peraturan Dan Undang-Undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan
tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
30.Kebebasan Bersuara
Kebebesan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi
menjaga keselamatan dan ketenteraman.
31.Kebebasan Beragama
Kebebasan Setiap Individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti
yang dipertentukan dalam Perlembagaan Malaysia.
32.Penglibatan Diri Dalam Pembangunan
Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara
dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan Perlembagaan Malysia,
33.Sikap Keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembahuruan dan kritikan selaras
dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malysia.
Bidang
Berkaitan Dengan Keamanan Dan Keharmonian
34.Hidup Bersama Secara Aman
Hidup berbaik-baik antara sama satu lain dengan mengutamakan kedamian dan
keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.
35.Saling Membatu Dan Berkerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat
individu,komuniti atau negara untuk mencaai sesuatu matlamat.
36.Saling Menghormati Antara Negara
Menghormati dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin
kesejahteraan sejagat.
Sila tekan untuk belajar: