Jumaat, 12 Oktober 2012


36 Nilai Moral

Bidang Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

1.Kepercayaan Kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhaNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

2.Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

3.Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

4.Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

5.Hemah Tinggi
Beradap Sopan dan berbudi perkerti mulia dalam pergualan seharian.

6.Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

7.Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

8.Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan ,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan budaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

9.Kasih Sayang.
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

10.keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah..

11.Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

12.Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran,petuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.



Bidang Berkaitan Dengan Kekeluargaan

13.Kasih Sayang Terhadap Keluarga
Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

14.Hormat dan Taat kepada anggota Keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi lanyanan secara sopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

15.Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Menerima,menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan,adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.

16.Tanggungjawab terhadap Keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.


Bidang Berkaitan Dengan Alam Sekitar

17.Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

18.Keharmonian antara manusia dan alam sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

19.kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan Keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama kesejahteraan hidup.

20.Peka terhadap isu-isu Alam sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya,



Bidang Berkaitan Dengan Patiotisme

21.Cinta Akan Negara
Perasaan yang sayang dan bangga kepada negara serta meletakkab kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

22.Taat Dan Setia Kepada Raja Dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.

23.Sanggup berkorban Untuk Negara
Kerelaan melakukan sesuatu tau menyerahkan sesuatu ternasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara.



Bidang Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

24.Melindungi Hak Kanak-Kanak
Membela,memberi naugan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.

25.Menghormati Hak Wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakatdan negara.

26.Melindungi Hak Pekerja
Menghormati,menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan dan jasa dalam sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

27.Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya
Memberi layanan yang bersopan kepada  golongan kurang berupaya  supaya tidak berasa  tersisih  dan  mengiktiraf  mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.

28.Melindungi Hak Pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu,mendapat perkhidmatan  serta barangan  yang  berkualiti  dan tidak mudah diskploitasi.



Bidang Berkaitan Dengan Demokrasi

29.Mematuhi Peraturan Dan Undang-Undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

30.Kebebasan Bersuara
Kebebesan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

31.Kebebasan Beragama
Kebebasan Setiap Individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang dipertentukan dalam Perlembagaan Malaysia.

32.Penglibatan Diri Dalam Pembangunan Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan Perlembagaan Malysia,

33.Sikap Keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembahuruan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malysia.



Bidang Berkaitan Dengan Keamanan Dan Keharmonian

34.Hidup Bersama Secara Aman
Hidup berbaik-baik antara sama satu lain dengan mengutamakan kedamian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

35.Saling Membatu Dan Berkerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat  individu,komuniti atau negara untuk  mencaai sesuatu  matlamat.

36.Saling Menghormati Antara Negara
Menghormati dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.

 Sila tekan untuk belajar:







9 ulasan: