Di Zi Gui




          Di Zi Gui atau Panduan Hidup Bahagia memang terkenal dalam sejarah negara China. Ia merupakan satu panduan hidup yang meliputi nilai-nilai tinggi sosial dari segi  moral, akhlak, etika, keikhlasan, integriti dan disiplin. Di negara kita khasnya masyarakat Cina telah mula sedar akan kepentingan dan perimustahaknya menghidupkan kembali amalan Di Zi Gui ini.

             Di Zi Gui dalam Bahasa Inggeris membawa maksud “standards for being a good student and child”. Ia diamalkan oleh  masyarakat China beribu tahun dahulu. Walaupun ia  merupakan  satu peraturan budaya dan sosial yang  sangat ketat dan berdisiplin tetapi masyarakat dahulu menerima dan mengitiraf  bahawa kanak-kanak dari kecil harus di ajar prinsip-prinsip moral, etika, integriti, disiplin dan hormat pada orang tua terlebih dahulu sebelum mereka didedahkan dengan matapelajaran lain.  Ibubapa dahulu berpendapat  jika kanak-kanak tidak didedahkan kepada  pengajaran Di Zi Gui dari kecil lagi, apabila dewasa kelak, mereka sudah pasti tidak akan mendengar nasihat atau hormat pada ibubapa, guru mahupun orang tua. Jika anak  mereka didera mahupun dihukum kerana sesuatu kesalahan, ibubapa akan sokong sepenuh tindakan pihak sekolah.  Ibubapa sekarang lebih cenderung membantah atau mengadu kepada pihak sekolah sekiranya anak mereka didera   tanpa menyiasat atau mengetahui kedudukan sebenarnya tindak tanduk  atau tingkah laku anak di sekolah.

         Aneh sekali ibubapa di zaman ini lebih cenderung mendengar ikut cakap anak-anak mereka bukan sebaliknya. Sama juga di kalangan pendidik yang serba salah untuk mendisiplinkan  murid kerana takut menyalahi hak kanak-kanak mahupun disaman oleh ibubapa mereka.

       Keadaan masyarakat kini penuh dengan pelbagai masalah sosial. Retakan  hubungan  kekeluargaan seperti  hubungan  ibubapa dengan anak,  suami dengan isteri, manusia dengan alam, pekerja dengan majikan dan manusia dengan manusia makin ketara dan membimbangkan. Masalah kes pecah amanah, tipu-menipu, pencerian, penagihan dadah, bayi luar nikah dan isu penjagaan orang tua terus merungsing dan membimbangkan kita. Pendedahan Di Zi Gui kepada kanak-kanak di peringkat sekolah rendah   merupakan salah satu langkah awal yang diharapkan boleh mengawal atau mengurangkan masalah sosial di masa akan datang. Pemupukan dan pengamalan  tingkah laku dan sahsiah yang baik dan terpuji dikalangan kanak-kanak melalui pengajaran Di Zi Gui  secara langsung mahupun tidak langsung akan mempengaruhi ibubapa mereka sendiri waktu di rumah.Lantaran itu, perubahan dan pengamalan Di Zi Gui  di kalangan ibubapa  kanak-kanak  melalui ceramah, tayangan filem dan bacaan sudah pasti akan melahirkan satu masyarakat yang sihat, harmoni dan sejahtera sebagaimana yang kita idamkan di masa akan datang.


           Pihak sekolah saya telah mulakan projek inovasi Di Zi Gui di sekolah sejak tahun 2008. Beberapa aspek penyesuaian telah dilakukan supaya pelaksanaannya sesuai dengan peringkat umur murid, keadaan sekeliling sekolah, kemahiran atau kepakaran guru dalam pengendalian dan pelaksanaan di samping pertimbangan sumber kewangan yang ada. Secara ringkasnya  Di Zi Gui di sekolah ini dijalankan berdasarkan 5 bahagian iaitu:

Pertama        :      
Berbakti kepada ibu bapa dan menjalin hubungan mesra antara adik-beradik.

     Kedua           :      
     Berhati-hati dan bersifat amanah.

     Ketiga          :       
     Sayang dan mesra sesame manusia dan mendekati orang yang 
     berakhlak mulia.
       
     Keempat       :       
     Lanjutkan pangajian unutk memperkaya ilmu.

     Kelima          :       
     Penjagaan alam sekeliling.

Sila Tekan:
Video Di Zi Gui
https://www.youtube.com/watch?v=8Jb_nrRR_w8&feature=related

Lagu Di Zi Gui



      Sudut papan kenyataan Pendidikan Moral danDI Zi Gui perlu mempamerkan hasil kerja atau bahan-bahan yang berunsurkan nilai-nilai murni perlu dipamerkan.Guru mata pelajaran Pendidikan Moral mengemaskini papan pameran dari semasa ke semasa.




Semua guru Pendidikan Moral telah diarah dan dipantau oleh Semua Ketua Panitia dan Pentadbir Sekolah supaya penerangan dan penjelasan ringkas akan  maksud satu-satu tajuk dalam buku Di Zi Gui kepada murid 
dijalankan waktu Pendidikan Moral.



Amalan harian murid seperti memberi tanda hormat pada guru, pekerja sekolah mahupun pelawat sekolah dengan cara-cara yang betul. Rujuk Gambar. Amalan seperti ini telah sepenuhnya dijalankan di sekolah di mana murid-murid memberi penghormatan kepada guru ketika berselesehan mahupun bertemu di mana-mana tempat dalam kawasan sekolah. Murid dikecualikan dari memberi hormat apabila berada di tangga mahupun waktu makan.

7 ulasan: