Aktiviti-aktiviti Moral




Setiap kelas memilih seorang murid yang berhemah tinggi dan pihak sekolah menghadiahi sehelai baju kemeja sebagai cenderamata.Guru Pendidikan Moral juga akan mendapat baju kemeja itu .




Pertandingan buku skrap Pendidikan Moral Peringkat Daerah Segamat.






Menganjurkan ceramah motivasi kepada murid seperti Kem Motivasi yang dianjurkan setiap tahun. Penceramah atau fasilitator luar telah dijemput membantu menjayakan kem serta ceramah yang dianjurkan bersama dengan pihak PIBG dan Jemaah Pengurus Sekolah.Guru-guru juga menyertai kursus tentang Di Zi Gui.




 Pengajaran dan pembelajaran Di Zi Gui melalui persembahan atau sketsa waktu perhimpunan mingguan sekolah. Tajuk-tajuk  berpandukan buku Di Zi Gui telah disediakan awal tahun. Setiap kelas mulai Tahun 1 hingga 6 bergilir-gilir mempersembahkan satu sketsa berdasarkan tajuk yang diberikan. Sketsa ini harus mempunyai lagu atau syair, grafik atau tanyangan video supaya menarik perhatian dan ada impak yang berkesan. Inovasi ini telah berjaya dijalankan semasa perhimpunan mingguan sekolah sepanjang tahun. 



Ceramah motivasi khas untuk ibubapa dan penjaga murid berdasarkan tajuk-tajuk yang berunsurkan Di Zi Gui juga dianjurkan setiap tahun. Tajuk-tajuk seperti “Perhubungan Ibubapa dan Anak”, “Kesopanan dan Tatasusila”, dan “Keutuhan Kekeluargaan”  Inovasi ini mendapat respon  dan kerjasama yang baik dari ibubapa dan penjaga. Kehadiran biasanya melebihi apa yang dijangkakan kerana penceramah-penceramah yang dijemput adalah penceramah profesional dan terkenal di Malaysia.  







Inovasi seterusnya berkaitan Di Zi Gui ialah majlis  istiadat jamu teh. Berkaitan ini, murid akan diajar cara memberi penghormati yang terpuji   melalui minuman. Upacara ini dijalankan waktu Hari Ibubapa, Hari Guru dan Kem Motivasi. Upacara jamu teh ini akan diselitkan dalam program-program tersebut untuk menanam sikap hormat yang terpuji kepada tetamu, pelawat, guru, orang yang lebih tua mahupun ibubapa murid sendiri. Rujuk gambar.

7 ulasan: